Friday, August 14, 2015

RAYA 2015

hello gais.
Alhamdulilah tahun ni sekali lagi diberi kesempatan beraya bersama keluarga. 
TAHUN NI TOTALLY DIFFERENT dari tahun sebelum ni 
ya i know. ayat cliche. ayat yang sama untuk setiap tahun.
tapi tahun ni memang lain bro. sangat lain

tiap tahun berlima. bila awak nak join ni? *tutup muka*

buah hati. 



tahun ni kesayangan datang rumah.
ehem. raya kedua bersama kesayangan
walaupun semuanya dah berubah, but still dia datang jumpa mama abah macam biasa (walaupun mula mula takut nak mai) hahaha
dan walaupun jalan jem dia redah jugak. haha
selalunya sejam dah sampai kulim. ni 3 jam baru sampai
thanks a lot babe. (next year turn orang pulak p loqstaq)
raya ke-6 dapat raya dengan ansara pendang
walaupun bukan semua yang ada. tapi meriah tu tetap terasa
selepas kerusi patah
sumpah benda ni paling aku takkan lupaa. hahahahhaha

raya ke-7 pulakkk beraya dengan kakak kesayangan
terima kasih mama sebab izinkan kakak drive pergi parit buntar sebab nak jumpa kak rien
first time ni mama bagi drive sendiri ni
first time k first time
mungkin tahun depan mama bagi pergi rumah mak mertua pulak. ehh. 

semoga dipertemukan lagi ramadhan dan syawal tahun depan. 


Friday, July 3, 2015

Ramadhan 2015


Bismillahirahmanirahim. 

Alhamdulilah sebab dapat lagi jumpa bulan Ramadhan. bulan Ramadhan tu bulan apa anak anak? ya. bulan puasa. bulan untuk kita mengumpul pahala. InsyaAllah. 

Ramadan 

Dan seperti tahun tahun sebelum ni. Ramadhan kali ini tetap tak sama seperti setiap tahun. 
Tak. Memang tak pernah sama pun setiap tahun. Ya la. Tahun baru. Mesti la cerita baru. Takkan tiap tahun kisah yang sama. Bosann. Macam mana nanti nak cerita kat anak anak pengalaman ibu puasa kan. cewah. 

So tahun ni, buat pertama kalinya berpuasa luar dari kawasan jajahan family. 
Selama ni puasa pun dekat ja ngan mama abah. Paling jauh pun masa dok ngan maksu. Tu pun still ada maksu. 
Tahun ni kali kedua aku puasa kat Melaka Bandaraya Bersejarah. Melaka Maju Negeriku Sayang. 
First time masa kat MRSM Terendak. So, Kali ni kat UTeM (puasa sambil jawab final)

Secara jujur dan berterus terangnya aku tak suka bulan Ramadhan kat Melaka. 
Tambah tambah lagi bila budak U lain semua balik bercuti dan budak second year degree UTeM terpaksa duduk lagi kat UTeM ku sayang demi melaksanakan Engineering Practise. (banyak kebaikan. tapi still rasa nak bebai sebab semorang lain cuti)
So puasa kali ni kalau dapat bangun sahur minum air pun dah rasa bersyukur gila. Sebab selalunya memang tak bangun. hahahaa. 
Berbuka memang totally tak best langsung. Bazar Melaka hambar gila. Bazar Taman Mutiara hat konon hulu tu pun berlambak gi makanan best. hm. Mungkin bukan rezeki. 

Takpalah. Janji Ramdhan kali ni lebih bermakna dari sebelum ni. Alhamdulilah. 

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.