Friday, December 28, 2012

Al Fatihah

 
 
hye. nampaknya last post untuk 2012 tu bukanlah yang terakhir. ni maybe the last one. sebab harini pun dah masuk 28/12/2012.

semalam. 27/12/2012. tokwan, MAT NOOR BIN MAT telah pun kembali ke rahmatullah. rasa macam tak percaya. rasa macam terbayang ja tokwan dok gelak gelak mengusik kami. terbayang ja tokwan dok melawak. tokwan selalu cakap "kak long fatin nangis dak" tokwan tau aku kuat nangis. :') 

semalam. pukul 12 lebih. masa tu aku dok dalam kuliah. masa tu kuliah chemist. tapi. tadak mood pun nak dengaq. sebab lecterur tadak. so. semalam lecterur ganti. lepas tu pulak suppose ada jamuan. so. aku pun dok tengah text roomate dan jugak classmate. masa tu guna fon yang second. tak tengok my main phone. tetiba roomate soh text another roomate. baru ja bukak main phone. tengok ada misscalls and a text. macam. "eh. awat mama call ni". tak pe lah. cek text. text dari sufiya.

' tokwann. excident tadi. nek moto nak p kulim byar duit zakat. masuk hospital. ni tak dak dah. Al Fatihah'

terdiam. aku rasa macam. weyh. hang buat lawak pa nina. tak lucu ok. aku terkejut gila. tengah dok sentap tu mama pulak call. mama cakap tokwan tak dak dah. aku nangis. aku nekad nak balik. apa jadi. jadi la. time dalam kuliah tu memang aku tak pay even 1% of attention pun. aku cuma dok fikir. camana nak balik.

habis ja kuliah terus pi HEP. encik Faizal pulak ada jamuan. call dia. dia masuk office. terus isi mis. terus aku p guard. aku tak balik bilik dah. nasib la kebetulan aku bawak purse semua. aku balik dengan beg kuliah tu. naik teksi. pi shahab. sepajang perjalanan dari metrik tu. pakcik tu dok tanya la macam-macam. dia tau aku tengah sedih. 

boleh pulak pakcik tu pesan. 'adik nanti nak cari suami cari belah kedah ja tau. senang nak balik kampung. lagi senang kalau cari belah kedah utara ni. adik dok kulim. macam manapun nanti raya mesti sampai kulim dulu. cari la suami belah aloq staq.' aku macam. eerr. pakcik. saya baru ja break dengan budak aloq staq. *krikk krikk* pastu pakcik tu dok pesan la belajaq elokelok. insyaAllah pakcik :)

sampai ja shahab. maksu ita call cakap maksu nak ambik. alhamdulilah. Allah permudahkan urusan aku. maksu cakap kalau naik bas pun tak sempat dah ni. masa tu memang bas kulim memang tadak. bas penang ja. kang susah. masa aku dok tunggu maksu tu. ramai orang sebaya tokwan dok lalu lalang. nangis aku sorang-2. :')

sampai ja kat kampung. kereta penuhhhh sangat. macam kenduri kawin. like seriously. kenduri pun tak penuh macam tu. aku cuba senyum. aku jalan masuk. aku dah rasa lembik lutut dah. rasa macam nak lari ja. aku nampak abah, aku salam abah. aku nampak maklong. aku tak leh fikir apa dah. aku terus masuk. pi kat mama. salam mama. salam tok. tok cakap "tokwan pi dah kak long" terus menitik air mata aku. mama bukak kain yang tutup muka tokwan. aku sebak gila. aku duduk. aku terus baca yasin. masa baca tu aku dok betul-2 tepi tokwan. tokwan dengaq dak kaklong baca yasin ni. :') tengah baca tu paksu sampai. paksu terus terduduk peluk tok. paksu nangis. lagi la aku nangis. aku tau. semuaaa orang sedih. 

aku sempat cium dahi tokwan. sejukk. alhamdulilah aku tak menangis. tak elokkan bagi air mata kita kena jenazah. :') aku ikut sampai ke kubur. seumur hidup aku 18 tahun. ni lah pertama kali aku pi kubur. sebab. ni lah pertama kali ahli keluarga paling dekat meninggal. sebab tu yang aku nekad jugak nak balik.

masa kat kubur. rasa sayu sangat. tak sangka yang tu lah kali terakhir aku jumpa tokwan. minggu lepas aku balik rumah. aku tak balik rumah tok. selalunya balik. tah kenapa haritu. tak sempat kot. 

masa dok kat rumah tok tu. teringat ja tokwan dok ngusik. tokwan suka pijak kaki orang tau dak. sapa yang dok terbaring tengah jalan tu la mangsa dia. semalam aku tolong basuh pinggan kat dapur. rasa macam terngiang ja tokwan dok kata "kak long fatin ni malas" tokwan suka gurau ngan anak cucu. dulu kecik-2 kalau tokwan balik dari menoreh. mesti aku lari. sebab tokwan suka nak calit. aku lari nangis main jauh jauh. haha. 

dulu tiap kali balik kampung. then nak balik rumah balik. tokwan mesti dok depan rumah. bubbye kami. pastu buat buat nangis. dulu masa kecik kalau balik kampung aku suka tido dengan tok tokwan. mandi pun nak dengan depa. :) 

dulu kami selalu masuk bilik air ramai-2 pastu berendam dalam kolah. pastu tokwan dapat tau. semua takut tokwan marah. malam-2 kalau bising tokwan mesti naik bilik. kena marah lagi. tapi. tokwan bukan marah betul pun. gurau ja :)

tokwan. semoga tokwan ditempatkan di kalangan orang-2 yang beriman. semoga tokwan tenang di sana. kami anak-2. cucu-2. cicit-2 tokwan semua mendoakan kesejahteraan tokwan. tokwan. terima kasih sebab jaga kak long selama ni :) kak long mesti akan rindu tokwan. semoga Allah membalas semua budi baik tokwan. amin :')

Sunday, December 23, 2012

NEW YEARR

 
 
well hello worlldd *sila teka gaya sapa?*

ok. memandangkan harini hari sabtu bertarikh 23/12/2012. so. im hereee. in KMK :) yeahh. KOLEJ MATRIKULASI KEDAH. 

ok. maybe ni adalah post terakhir untuk 2012. ye la. next weeeekk ja da nak masuk 2013. wuhuuu. cepat kan masa tu berlalu. lagi berapa bulan ja aku nak habis matrik dah. rasa macam baru ja beratur panjang dekat area dewan kuliah masa nak daftar 27/5/2012 dulu. tahun depan aku dah 19 tahun. WOOOWW. besarnya. mama anak mama dah besar la. :) mesti mama pun rasa macam. eh. baru ja baby semalam. k tipu.
haihhhh. macam-2 kenangan aku tabur kat 2012 tu :) 
dalam tahun ni lah aku paling banyak buat benda baru. ye lah. umur baru meningkat. #eh. tak dek kena mengena. ok. mai nak recall ja apa jadi sepanjang 2012.
first. first time aku kerja. yaa. kerja. pegang duit sendiri. i was working as a nurse. yeayyyy. percayakah anda? :) 
second. first time dapat drive. yeayhh. sebab aku amek lesen :D yeayyh. lesen kereta dan motor.

third. first time aku rasa aku berada di bawahhhhhhhh. first time aku dapat result seteruk tu. first time aku tengok slip exam macam tu. first time abah marah sampai tak bercakap ngan aku. first time aku menangis 3 hari 3 malam tak makan tak keluar bilik. ok. itu semua kenangan terburuk :'(

fourth. first time aku sayang seorang lelaki. yaahh. sorry to say. Hafizuddin is my first true love. like seriously. he is the one and only guys yang bebetul aku sayang sangat-2. first time jugak aku dapat rasa laki yang sayang aku. first time date. first time tengok wayang dengan laki. first time awak cakap *blushing* k dah habis. ni pengakuan. awak. orang tak pernah menyesal alngsung sebab jumpa awak. sikit pun tak menyesal. tapi. orang bersyukur sebab jumpa orang macam awak :) i  love u :))


ok. tu ja kot. dah dah. tamat sudah recall kita. maka. tamatlah episod 2012. 2013 bakal menjelma. so. 


HELLO 2013 IN ADVANCE
 Tumblr