Wednesday, November 27, 2013

Life



tajuk semua nak satu perkataan ja. tak paham aku. trending mungkin? SALAH. sebenaqnya aku tadak idea nak buh tajuk menatang paaaa. nak update blog. tapi tadak idea. so. duduk ja depan laptop. biarkan je jari jemari runcing ni terus berlari di atas keybord mencipta berbaris baris ayat. kadang kita sampai tak sedaq yang kita dah luahkan macam macam. walaupun pendek. tapi maksud boleh dipelbagaikan. macam my post before. mungkin orang akan translate dengan pelbagai analogi analogi tersendiri. 

btw, adik zaty cakap. "loqlaq la kak tin sepanjang pos" btw, this is typical me. be my friend. and you'll know how loqlaq i am. 

ok. back to topic. aku ni derek tersasar ja dari tajuk. ha ni pun macam nak tersasar jeaa. macam nak ubah topik jeaa. macam tak sedar diri jea. ok. ni. sebenaqnya nak habaq, dah dekat 3 bulan dah aku jadi student kat UTeM ni. kau hado? nak cerita pasai life kat sini. aku berani cakap ramai tatau apa pasai UTeM ni. kan? masa aku dapat surat tawaran dulu pun semua macam UTeM tu menatang pa? dok tang mana? planet mana? swasta ka? hello. aku tau result aku tak berapa elok. jangan la cop aku ni masuk swasta. aku tak kata yang masuk swasta result tak elok ok. aku tak kata. jiran jiran aku yang pendek akal kata. ada patut kata kalau aku amek electrical engineering ni, aku memang kerja dengan TNB ja. woi makcik. bukak la sikit pemikiran hang tu. berfikir di luar kotak please. keluaq sikit. kata hebat kemain. dunia di hujung jari konon. pi google sikit electrical engineering ni boleh reja pa. haih.sakit pulakkk hati kite. 

nampak dak tersasar lagi? ok. serius ok serius. so. apa menda yang aku belajaq kat sini? apa dia yang hang buat kat sini patin? adakah makan dan tidoq sahaja? kalau cetu baik dok rumah ja. ok. kat sini, ka UTeM ni, aku dibawah kursus 

Bach. Engineering in Electrical Engineering, Major in Power and Electronic Device. 

atudia punya panjang la nama kursus pun. major bagai. okayy. menatang pa yang aku belajaq bawah kos aku ni? ok. setiap sem akan ada 4 subjek wajib which is 16 Jam Kredit. so. sem ni aku belajaq ; Electronic Device, Electrical Circuit 1, Instrumentation and Measurement, Algebra and Calculus.tu 4 subjek pointer la. subjek wajib lulus aku amek Islamic and Asian Civilisation which is well known as TITAS. 

osciloscopepepepepepepepepe

belit? ini paling basic ok.

classmate untuk 4 tahun


malas nak hurai satu satu. satgi kalauhurai mau 4 hari 4 malam pun tak habis. mesti junior junior akan tanya
  "susah dak belajaq?" 
dik. satu ja nak kata. belajaq dari tadika susah dik. nak dengan tak nak jea. cewahh. kemain cakap. ceni la cerita dia. kalau rasa fizik tu mudah senang petik jari ja boleh jawab. and you minat engineering, then, cangak pa lagi. isi ja la UPU tu boh kos ni. tapi. once you dah masuk. please la jangan keep thinking "menyesal nye" sebab dah kalau pikiaq cetu, apa pun tak leh pi. masuk dan enjoy. enjoy la sepuas puasnya. kalau tension pi lah keluaq jalan jalan sekitar melaka. minum lah coconut shake sepuasnya. nasihat tah apa apa. ok. sekian. 

stress? pergilah jogging.

stress? jom makan seoul garden


stress lagi? makanlah magnum. 


ANSARA.

saffa watiqah. ni ja kepala gila dengan aku

lompat si katak lompat. 

nampak jet jet rajin dak? nampak dak pegang fon? tu nama dia sedang merujuk jawapan orang lain

camwhore before test.


so. kehadapan adik adik di luar sana. dapatkah anda melihat muka kami yang bahagia? jadi. jangan ragu ragu untuk memilih UTeM sebagai Universiti pilihan. *mohon UTeM bagi comission* kbye.

Tuesday, November 19, 2013

Fake !



fake? menatang pa pulak fake ni? fake ni makanan ka? ada juai dak kat beger bakaq abang burn. kot lah ada. kan selalunya abang burn ni menu dia best best. ada juai kat mcD dak? ya la. mcD kan suka keluarkan benda baru. bukan dia aih. fake ni macam. macam. cemana tatau nak habaq. macam ni lah. fake ni tipu ataupun dengan kata nama lain iaini menurut kamus google, fake bermaksud palsu. ha. hampa tau rambut palsu? tu fake hair. kira macam tu lah definisi fake. choii melalut. choii choii.

okay. berbalik kepada topik yang asal. aku tau blog ni tak dak sapa sangat pun nak baca. bukan best pun. tah tah tadak sapa pun baca. sebab blog ni bosan. cerita pasai hidup aku ja. aku bukan lah seorang artis mahupun seorang instagrammers yang cun. btw, follow lah insta itew, FATINSYAZWANI23. ok. kalau nak tau kisah hidup kite. sila follow pencicip biru kite @patinpanda. k mohon sapa sapa yang baca muntah pelangi ramai ramai. choii. bajet retis gila -.-

back to topic on the top top top. ok. fake. hampa pernah dak fake kan perasaan hampa? hampa pernah dak  berpura pura dalam hidup hampa? ha. tu lah fake life. hampa hidup dalam kepura puraan. hampa tipu diri hampa. hampa tipu orang keliling hampa. hampa sedaq dak hampa tipu? hampa sedaq dak? *nangis air mata darah* ok. emo. drama lebih.

sebenaqnya. nak habaq. tak salah hidup dalam kepura puraan ni. 
"keling gila. sat hang emo marah marah kata fake ni menipu la apa bala semua. 
ni hang kata tak salah pulak -.- manusia jenih apa hang ni"

ok. kenapa aku kata tak salah. contoh situasi macam ni
Situasi 1: hang dapat result test tadi. markah hang cukup cukup makan ja. dalam hati hang sumpah nak menangis gila. rasa kecewa yang tidak dapat disangkal. tapi, takkan hang nak semua orang tau result hang teruk. maka hang pun berpura pura happy. *Fake feeling detected*
Situasi 2: mak hang tanya, hang ada duit dak nak belanja. sebenaqnya hang ada cukup cukup ja. tapi disebabkan hang tamau menyusahkan mak hang. so hang kata hang ada duit *Fake*
Situasi 3: hang kena dumb dengan boipren hang. dalam hati hang rasa dunia hang ni macam dah tadak guna. rasa dunia yang cerah diterangi matahari mahupun lampu tiba tiba menjadi kelam. rasa macam hang dah tak mau hidup. rasa macam hang kena langgaqq reta. rasa macam macam. tapi. tu semua dalam hati hang. tapi. diluar hati hang. hang kuatkan diri. hang suluh jugak dunia gelap hang tu guna torchlight hat dok ada kat fon nokia torchlight hang tu. hang happykan diri hang. hang gelak kemain depan kawan kawan hang walaupun hakikatnya hang dok riau malam malam. *Fake Fake Fake*

awat yang situasi 3 tu macam panjang semacam? awat? awat tuan penulis blog? kenapa? sebab. sebab. sebab. itulah keadaan aku sekarang. HAHAHA. k. mohon ramai ramai bangun dan berikan tepukan yang paling gemuruh untuk patin yang comel ni *muntah pelangi lagi* 

penat sebenaqnya hidup dalam pura pura ni. tapi lama lama hang akan rasa benda tu macam benda biasa. ya lah. dah kalau hari hari hang kena jalan sejauh 1 kilometer bersamaan dengan 1000 meter, mesti lama lama hang akan rasa biasa walaupun pada mulanya hang akan sentiasa rasa penat. macam tu jugak dengan perasaan. dah kalau tiap tiap hari hang pura pura happy depan kawan kawan hang. lama lama hang akan terbiasa walaupun hakikatnya sakit tu masih ada. walaupun hakikatnya hang masih rasa sedih. lama lama hang akan lali. hang akan terus gembira. walaupun tu semua fake.

kalau hang nak ikut kata hati hang yang kecewa tu. agak agak hang mampu dak teruskan hidup hang? dak. sure dak. kalau teruskan pun. hang agak agak result test hang ada nak dapat macam tadi tu? tu kira ok lah tu. dapat more than half. kalau hang ikut hati hang, rasanya 10 pun tak dapat aih. ya la. dok layan hati tu. dok ikut kata hati. tak kemana. dah kalau tadak jodoh tu nak buat lagu mana. biasalah hubungan. ada pasang surut. tapi. ni munkin musin kemarau dah tiba. HAHAHA. 


Wednesday, November 13, 2013

what we call as sisters.

haii. lama tak update blog. tatau la kenapa.
nak kata tadak masa. ada ja masa.
maybe idea kot. idea tu tak berapa nak ada. 

back in last last last year post. rasanya aku pernah cerita pasal friendship aku dengan dua lagi sahabat. 
sahabat yang aku kenal since kitorang sama sama berumur 9 tahun.

kitorang sama sama comot je lagi. baru belajar membina sebuah karangan. baru belajar bahagi nombor. bau belajar apa itu air udara tanah. baru belajar cara istinjak.
alhamdulilah, tahun ni, tahun 2013. pejam celik pejam celik. dah 10 tahun kami berkawan.
masing masing dah besar panjang. bukan takat pandai mengarang karangan, sekarang dah pandai buat lebih dari tu. dulu tambah tolak darab bahagi semua yang ada nombor je. sekarang tah cemana huruf x y z boleh sesat dalam math. dulu belajar air udara tanah. sekarang lebih dari tu.
sorang bakal doctor, sorang lagi politicians, sorang lagi engineer
ALHAMDULILAH

so. last month. *punya la lama punya cerita*
kitorang mengambil kesempatan di mana hari tu aku berkesempatan untuk cuti. 
actually nak balik kedah. but. masa tu suami terpaksa delay sehari. so. takkan nak melangut kat melaka.
baliklah ke kl. so. kami pun decide untuk picnic.
where? our playground! Taman Tasik Titiwangsa.
bukan picnic biasa biasa k.
after 6 tahun kami tak celebrate birthday sama sama
so. kami pun menyelebrate nya.


bakal Doctor
bakal Politicians
bakal Engineer.

we 
sweet 20 to be. :) padahal tahun depan nu -.-
made by AMIRA. tq. 
Best Friends Forever
walaupun susunan terabur. ketahuilah kami salin sayang menyayang. 
makcik ni memang dari dulu suka bebel kat titew :'(
tapi. makcik ni jugak la yang titew sayang :*


so. the picnic berakhir disebabkan hujann. k hujan k. mungkin tamau bagi kami lebih lagha. dah la tengah hari. di hari jumaat pulak tu. sokay. lepas ni kita plan untuk kumpul lima orang.
ya. should be ada lagi 2 orang :)



TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA



Wednesday, October 2, 2013

October

hye hello :)
so. harini dah 2nd day of October. cepat ja masa ni berlari. tak dan aih nak ligan. 
so. dah sebulan aku dok sini. dah sebulan tak jumpak family. dah sebulan tak jejak kedah.
rindunya kat kedah :')
dan dan dan. 
dah setahun sebulan dah aku dengan dia.
lama. dan berharap untuk kekal sampai bila bila.
bila aku get into relationship. 
aku tak pernah la pulak terfikir untuk make the relationship cuma untuk a few days or a few months.
aku cuma nak benda ni kekal sampai akhir hayat kami. 
tambah tambah bila umur pun dah 19. tahun depan dah 20. 20 ok. dah besaq. 
orang zaman dulu dah kawen. dah ada anak sorang dah. 
memang ikut hati masing-masing nak kawen ja.ikat terus. tayah dok risau apa
tapi. masing-masing dok belajaq lagi. masing-masing ada tanggungjawab.
dia seorang abang kepada dua orang adik perempun. and yes. aku pun seorang kakak.
banyak lagi benda nak kena pikiaqq. masak pun tak reti lagi, nak bagi dia makan apa?
dah la dia kuat makan. jenoh. 
takpa awak. nanti orang belajaq masak kat mama nah. :) 
memang dalam relationship ni ada ja perselisihan faham tu. tapi. kalau dah sayang. lalu ja semua tu. tu semua proses nak faham. salah sorang kena rendahkan ego. :) 

Sunday, September 8, 2013

Minggu Haluan Siswa (MHS)


seminggu dah kami mendaftar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka ni

bukti *abaikan nama syazwani*

so. seminggu tu penuh dengan pelbagai aktiviti yang sangat sangat sangat bosan. sikit. 
tapi ada la yang best. errr. best? k. berfikir sejenak. 
tiap-2 pagi pakai baju kurung warna putih kain hitam tudung hitam
tak dak beza pun kalau letak dekat sebelah budak darjah satu

ajet omey bentar

tiap-2 pagi kena tunggu bas p dewan. 
petang tunggu bas nak balik lestari pulak.
ouh ya. lestari tu kolej aku. aku Fakulti Kejuruteraan Eletrik


Major in Electronic Power & Drive
kolej ngan fakulti dekat ja. 
tentut tak dengaq sangat. sebab kena halang dengan blok fakulti FKEKK

so. ni serba sedikit pasal UTeM
ya laaa. untuk pengetahuan adik-2 dan rakan-2 sebaya yang mungkin berminat
UTeM ni merupakan Universiti Teknikal Pertama di Malaysia
ya laa. U lain ada ka perkataan Teknikal tu. 
UTeM cuma menyediakan kos-2 yang berasaskan Teknikal. 
UTeM ada 3 campus. 7 Fakulti
semua student UTeM wajib dok tahun 1 & 2 dalam kolej.
tu ja kot. mukadimah


bilik *mohon jeles*

meja study

rakan sefakulti 
Dewan Besar UTeM 

sekian.

Sunday, August 25, 2013

Keluh .hmm



err. hye. hmm. hmm. selamat pagi semua. hmm. *keep mengeluh*

mengeluh tu tak elok
orang akan nampak kita ni macam looser
sebab asyik mengeluh
kalau kau tengok orang yang asyik mengeluh. 
apa pandangan kau.
k. kadang rasa menyampah nak sepak sedaih dua.

tapi. permasaalahan sekarang ni. 
dua hari ni aku asyyik asyik dan asyik mengeluh.
hmm. mungkin mengenang nasib yang tak dapat dijangka.
hmmm. hmm dan hmmm





lagi 6 hari ja
bilik still bersepah
barang sikit pun tak kemas lagi
borang semua tak sahkan lagi
setem hasil tak beli lagi
tak pergi cop lembaga hasil lagi
tshirt putih tak beli lagi
kasut tak basuh lagi. beg pun. 
hmm hmm dan hmm. 

lagi 6 hari ja. 
hmm.
macam mana ni.
bila dok baring malam malam
teringat macam macam
1 september 2013.
betul ke aku ni nak daftar jadi engineer ni
betul ke aku ni
layak ke aku ni nak jadi engineer
boleh ke aku ni manage time nak study
sempat ke aku nak ingat semua yang aku belajar
hmm hmm hmmm

lagi 6 hari
nak pi Bandar Bersejarah.
jauh dari Negeri Jelapang Padi ni
bukannya tak biasa.
biasa dah. tapi. tah laaa
kalau aku cakap aku takut nak jauh dengan cinta hati
mesti semua akan kutuk aku
haha. padahal cinta hati tu maybe nak sambung study kat KL ja
dekat. tapi. tah la.
hmm hmm dan hmm lagi

lagi 6 hari.
ada 3 event besar dalam satu hari,
"birthday orang tahun ni dia tak dak kat sisi" - him 
mana sedih pun ayat macam tu. *tepis air mata*

Thursday, August 22, 2013

Menghitung


tajuk cliche. tajuk nak over ja. walaupun one words. tapi banyak maknanya tu.

mengitung apa? kacang? orang? hari?
yaa. hari. 
hari untuk menjejakkan kaki ke negeri orang. 

Untitled

MELAKA Bandar Bersejarah.
ya. once again aku akan menetap di Melaka. 
dulu sebagai seorang pelajar Tingkatan Satu
tapi kali ni sebagai pelajar Semester Satu , Seorang Mahasiswi
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Eletrik (Elektronik kuasa & Pemacu)

dulu dekat Maktab Rendah Sains MARA Terendak
sekarang dekat Universiti Teknikal Malaysia, Melaka.
dulu masa nak pergi pakai selebet ja. pastu nangis
kali ni dah besar. takkan nak pakai selebet dan nangis lagi. 
tak sangka dah 5 tahun aku tinggalkan Melaka dan akhirnya aku kembali semula
still dengan gelaran yang sama iaitu Pelajar

dulu masa kecik cita cita taknak kalah je
bila cikgu tanya "besar nanti nak jadi apa?"
"Doctor" "cikgu" "polis" "peguam"
tak pernah pun sebut "Engineer"
engineer mana famous. kerja pun dok dalam ofis ja. 
tadak uniform. pakai unform la best. baru nampak hensem.
tapi dah naik sekolah menengah. naik form 5. 
belajar logic gate. time tu baru sedar betapa bestnya menjadi seorang Engineer
lalu cita cita tu semua bertukar menjadi seorang engineer
engineer ni banyak
tapi tak tau la kenapa yang minat sangat Electrical
dulu ada satu ja alasan, sebab minat main track tu
padahal tadak kena mngena. nak main track baik p jadi tukang buat jalan

ni dah dapat Engineering. 
kos yang diidamkan pulak tu
first choice baq hiang.
walaupun result matrik haritu cukup cukup makan ja.
kalau ikut result tu dan patah hati aku ni.
tah tah tak masuk pa U pa semua ni
tunggu dia masuk meminang pastu kawen ja
tapi Alhamdulilah. nilah yang dinamakan peluang
ni peluang kedua nak tebus balik result SPM
peluang pertama yang dah dapat tu dah pun di sia siakan
sokay. lupakan. masuk UTeM. bukak buku baru
jadi Fatin yang baru. :)

engineer | via Facebook

Saturday, August 10, 2013

DIA

hee. actually ni post kedua dalam hari yang sama. cuma post before ni di-schedule-kan ke tarikh yang lain. 
ok. topik untuk post kali niiiii. guess whatttt? *gaya gedikk ober* 
A.
alolooo. omeynya miniosss. rasa nak bela sekoq. btw, i have 3. :)
sebenarnya. pos kali ni nak menceritakan sesuatu. ya. sesuatuu. sesuatu yang besarrr. *mendepakan tangan*
so. semalam. 2 syawal bersamaan dengan 9 ogos 2013, si dia telah pun menjejakkan kaki ke rumah ini. atudia ayatttt. tatau nak susun ayat cemana ni. k. cerita dia macam niiiii  
mama ni tiap tiap hari dok tanya pasai bakal menantu dia ni. 
"bila nak mai?" "takmau datang rumah ka?" 
aku ni talarat nak jawab. bukan talarat. tak tau nak jawab. 
nak ajak mai. aku takut. hahahha. 
tiba-2 malam raya pertama tu aku gagahkan diri jemput si dia datang esoknya. iaini semalam. 
dan dia pun cam. "ha. ok. nanti orang tengok dulu orang free ka dak." 
at first tu rasa macam aaiii, dia ni nak mai ka dak. tapala. sambung tidoq. 
esok pagi tu bangun dengan girang kemain semangat tunggu si dia. haha. k. tipu. 
(2) Tumblr
so. dipendekkan cerita. esok tu dia whtsap cakap "satgi org p"
i was toatally terkejut, cuak, ketaq
dah macam gaya dia nak mai bawak rombongan meminang pulakkk. 
padahai dia mai dengan kawan-2 baik dia jaa. and masa tu aku tak tau pun either kawan-2 dia tau ka dak pasai kami. sebab before ni tatau. 
so. dalam pukul 5 kot. dia call kata dah keluaq tol kulim. 
atudiaa. masa tu aku otw la nak pi amek dia. ihikss. malunyeww
first time drive dan dia melihat. *malam tu kena marah sebab drive bahaya. k k*
sooooo. aku pun bawak la pi rumah. jumpa parents. i was like. park kereta terus masuk rumah. 
tadak pun nak introduce yang mana satu dia yang mana satu kawan dia. 
pepandai hmpa la pekenai diri. haha. aku masuk dapoq tolong mama. ceyyhh. jet jet perempuan melayu terakhir giteewww.
nasib baik lah abah mama ok layan dia. and dia pun pandai adapt. 
dia makan-2 pa semuaa. aku teman aaaa.
memang awkward gila depan kengkawan diaa.
rasa cam nak lari pi dok depan. tapi satgi kata tak layan tetamu pulak kan. 
duduk je la. and salah sorang kawan dia tu budak matrik sekali kami. dok sembang pi la pasai matrik sikit-2.
sat ja. depa sudah makan depa nak pi rumah kawan depa. 
so. bye cinta :)
btw, thanks sebab sudi datang. sudi jumpa mama abah orang. 
bila pikiaq balik harini. betoi ka apa aku buat semalam. 
it such a big step kot bawak dia mai jumpak family.
andai dia jodoh aku, permudahkanlah urusan kami. 
dah 11 bulan 9 hari. memang dalam masa 11 bulan 9 hari ni macam-2 dugaan kami dapat. 
and tak pernah lah pulak terfikir ada orang lain ada relationship serumit kami. seriously. 
Fuck you: Photo | via Tumblr
so. raya kali ni totally lain jugak sebab aku dengan dia bukan cuma kawan macam tahu lepas.
ni pun sebab dia ingatkan.
"tahun lepas kita raya 20 sth haribulan 8. tu tak lepas 1.9.2012 lagi. ni dah lepas"
rasa macam nak nangis terharu. ihiksss. tedikk. kbye. 

Thursday, August 8, 2013

RAYA 2013

Happy Eid 1434 H. Ramadhan, i'll miss you! <3
Alhamdulilah. once again kita diketemukan dengan Syawal. semoga syawal kali ni bukan yang terakhir. 
so. RAYA kali ni memang totally berbeza compared to last 18 years. seriously
selalunya pagi raya berkumpul kat rumah tok belah mama. then 2nd day baru tok belah abah. 
tapi. tahun ni. pagi raya berkumpul kat tok belah abah. walaupun tak semua ada. tapi. ramai la kan. ada dalam 4 family from 7. so. Alhamdulilah. kami semua dapat teman tok since arwah tokwan baru 7 bulan tinggalkan kami semua. memang tok nampak totally sedih and down. takpa tok. kami tau tok kuat. tok please jadi lebih kuat dan tabah menghadapi hari yang mendatang :) 
p/s:  tahun ni tadak walau sekeping pun gambar raya family memandangkan ace plus ayaq tu masuk hospital