Sunday, August 10, 2014

RAYA 2014

Untitled

dah 2 minggu beraya dan mungkin post ni macam dah tak perlu pun nak update ye dak. 
tapi kalau saya tak update macam mana awak nak selami hati saya. 
cewah kemain pickupline. haha. 

raya tahun ni totally berbeza nak compare dengan last year. 
sangat sangat sangat berbeza. 
Eid Mubarak

tahun lepas raya sangat simple. baju simple. makan simple. tak bergaya sakan pun. tak dak pun aktiviti aktiviti yang menarik macam tahun tahun sebelum.
dan paling penting tahun lepas jugak boipren mai raya. *tutup muka*
tahun ni raya meriah kemain. 
tahun ni kuih raya semua aku tolong mama buat. ye lah. kalau idak aku ni mana nak ada kat rumah kan
tahun ni kemain pi rumah makcik makcik semua macam "besaq dah anak dara kak ina" and i was like senyum sengih ja. malu tau iolls
cousin cousin pun macam "wah. dah pandai melawa sekarang"
hellloo. i am 20 years old. mestilah nak somel somel kan diri. hehehe. 
even icha yang baru 3 tahun pun sibuk nak make up aku yang 20 ni kena lah lebih 
tak pernah nak kalah dengan icha. icha ada inai aku nak inai. icha ada kasut aku nak kasut. masalah seorang fatin yang berumur 20 tahun dan asyik bergaduh dengan icha umur 3 tahun. *face palm* 

tahun ni raya kedua macam biasalah penuh rumah belah abah. (tak macam tahun lepas)
dan game dijalankan seperti biasa (unplanned sebab last year tadak.)
game tahun ni meriah nokharom. macam biasa lah ada kutip gula gula for kids. ada galah panjang. baling belon yang ada air. kepit belon kat celah kaki. belon beracun. 
satu ja game baru. baling belon kat udara then rebut rebut rebut till the goal kepper catch the belonn. 
macam senang kan kan. anda pasti senang? SALAHH! susah nokharom. letih gila. rasa nak pitam 40 kali lepas main tu. hahaha. dah la semua pakat main tipu. ahahaha. mampuih pi main tipu. asalkan enjoy. ye dak?
lepas semua dah berpeluh basah lencun sebab main air campoq pulak dengan peluh semua pakat berebut bilik air pulakk. 
lepas tu mula lah sesi bersalam salaman sambil merebut duit raya. iihikkss. sesi yang sangat menyeronokkan
duit raya kite banyaaakk

part paling best untuk raya 2014 ni adalah kehadiran bestpren poreber and eber iolls.
tahun lepas boipren datang, tahun ni bestpren datang. mohon tahun depan rombongan meminang pulak datang. kah! gatal.
btw, thanks my peberet gerlpren sebab beraya bersama beta. *kenyit mata* 

banyak sangat benda yang jadi. kalau nak cerita dalam ni insyaAllah tak habis. hahaha. 
"some things are better left unsaid" kan. hahaahaha
yang mana patut simpan kita simpan. yang mana tapayah kita simpan lah sendiri. 

Tuesday, July 8, 2014

HIDUP



Pink roses ♠


Dari kita dalam perut mak kita. sampai lah sekarang. 
Hidup kita ni penuh saingan. 

20 tahun aku hidup.
20 tahun lah aku bersaing untuk hidup.
Dan hidup kita akan sentiasa dibandingkan dan membandingkan dengan orang lain.

Masa kecik bersaing untuk pandai.
Jiran jiran, sepupu sepapat akan keep compare result exam.
Tak kira la exam bulanan mahupun UPSR, PMR dan SPM.

Ok. Lepas SPM pulak bersaing nak sambung mana.
Matrik? Dip? Asasi? A Level?
Dalam peringkat ni pun sekali lagi hidup kita akan dibandingkan
"Anak Mak Cik Bedah hujung kampung tu dapat asasi" "anak Pak Seman dapat diploma"
"Dapat Matrik ja ka? budak MRSM semua dapat fast track" 
Masa tu hang akan rasa stress. bukan nya hang tak dapat mana. tapi sebab dibandingkan

Ok. Dah masuk matrik. sekali lagi dibandingkan result
"eh. anak Mak Long boleh dapat 3.5 kenapa kak tak boleh?" 
"seronok tengok budak tu. sama ja modul dengan hang. boleh ja 3.5"
Hmmmm. Again.
Bila dah habis matrik
"dapat U mana?" "lepas ke tak tu nak sambung degree *sambil senyum sengih*"
"anak saya dapat U***** kos yang hebat tu lah" "aku dapat U****"
Ya Allah. sampai satu level rasa macam. nak apa lagi? nak aku masuk U mana baru semorang nak puas hati? Tapi aku biarkan je lah mulut mulut tu berbicara. biarkan.

Bila dah masuk umur 20 ni ada lagi satu benda yang akan jadi persaingan.
Bila pergi kenduri mana mana 
"Eh. besaq dah anak dara kak ina. bila nak kawen?" "Ada calon dak gi ni" "Anak mak cik depan tu sama umoq dengan kak kawen dah" 
Even my own cousin yang dulu main masak masak sama sama pun dah kawen. 
Kawan satu batch masa kat Taiping pun dah 2 orang kawen
Kawan satu matrik pun dah kawen. dah pregnant dah pun.
Kawan kawan lain pun semua sibuk dok nak bertunang dah. and at least depa dah ada calon.
Dan aku? Aku makin jauh dengan semua benda tu. 

Dan aku yakin dan pasti.
Habis ja Degree nanti soal pasal kerja, family, even gaji aku masa tu pun akan di compare.

Adat sebuah kehidupan. Kita akan sentiasa di bandingkan. Kadang benda ni bagus. sebab kita akan nampak mana kurangnya kita. Tapi kadang macam tak patut pun ada. Kalau dah rezeki dia macam tu nak buat macam mana. Let It Be. Mana tau masa hang dok compare compare tu dia terasa hati. who knows. 

Thursday, July 3, 2014

RAMADHAN

Ramadhan
Alhamdulilah. 

Rasa macam baru ja berlalu ramadhan tahun lepas. 
tiba tiba dah masuk ramadhan yang baru. sekejap ja kan.
harapnya Ramadhan kali ini penuh makna. 
make it as our turning point. 
berubah dari sesuatu yang sebelum ni kurang baik menjadi lebih baik. InsyaAllah.

Ramadhan kedua tanpa arwah tokwan. 
Ramadhan kedua yang bukan lagi berbuka di Dewan Selera
Ramadhan pertama bersama keluarga.
dah 7 tahun aku tak berpuasa dengan family. 
5 tahun dok MRSM. (2007-2011)
2012 puasa kat matrik
last year puasa kat rumah maksu.
so semenjak mengenal erti akil balikh. 
ni kira first time lah nak puasa ngan family.

rindu Ramadhan kat MRSM
sahur ramai ramai. (kalau bangun. mostly tak bangun. weekend mungkin)
berbuka ramai ramai (ambik makanan susun kat atas meja, pastu tutup guna plastik meja)
pergi bazar. yeayy. pergi bazar ramadhan adalah benda paling aku suka
argh sedapnya ayam percik kat bazar ramadhan Taiping. 
tadarus ramai ramai. rindu. bila baca ramai ramai ada kawan yang akan tegur mana salah kita
bila dok sorang rasa terngiang ngiang kawan kawan dok tegoq. 
tarawih ramai ramai. best. kadang laju sangat. 
kalau kena imam yang baca lama jenuh berpeluh.
pastu kalut pi prep sebab nak makan makanan yang beli kat bazar tadi. hehe. 
berebut lah ramai ramai dengan classmate. 
RINDU.

ramadhan kat matrik tak da apa yang menarik
melainkan pertama kali merasa puasa tak dak orang sediakan makanan untuk sahur dan berbuka. 
kenalah pi berebut rebut kat cafe. beli sendiri. 
makan ngan roomate kat tengah tengah bilik. 
kadang rasa nak bukak lagu sedih masa tengah makan tu. 
berbuka dengan classmate kat Hotel EDC, lagi satu kat cafe.
ok. RINDU.

ramadhan tahun lepas masa aku banyak habis dekat station.
kalau dapat chance pergi solat tu rasa nak bantai je tido sebab penat berdiri.
kerja masa tu mostly 12 jam. (7 pagi 7 petang)
tapi. kadang pukul 4 aku bantai balik dah. 
berbuka kat station ramai ramai dengan sarah, pakyus, mama, and bangla bangla tu.
haha. kinda a new things kan. korang pernah ke berbuka dengan bangla? haha. 
naik motor pergi bazar dengan sarah. makanan penuh meja. 
tapi rasanya 2 kali ka 3 tah berbuka kat station. maksu tak bagi sangat. 
dia suruh balik berbuka kat rumah. 
aghh. memori. RINDU. 


Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dan lebih banyak kebaikan daripada keburukan. insyaAllah. 

Thursday, June 19, 2014

Selamat Tinggal Semester 2

 
semester dua bakal melabuhkan tirai dalam masa beberapa jam lagi.
esok last paper aku.
dan aku rasa macam mahu melompat lebih tinggi dengan girang
 
semester 2 terlalu banyak dugaan
dan semester 2 banyak perkara baru
banyak sangat
 
sapa percaya aku boleh join team rugby?
sapa percaya kelas BEKE yang tak pernah unite before ni boleh lepas sama sama for the whole night?
sapa percaya jemah jemah sanggup bawak aku pi ayaq terjun ledang sebab nak celebrate birthday aku?
sapa percaya macam macam dah terjadi sepanjang sem ni?
 
aku join team RUGBY utem.
the one and only lady's team.
terima kasih kawan kawan dan couch sebab banyak tunjuk ajar.
 
 
 


 
 
 
terima kasih jemah jemah sebab sanggup pi ledang sama sama
ajak aku main air sama sama
ajak aku main selam selam lepastu telangkup aku dengan tepung
celebrate birthday aku yang ke 20 tahun
all of u are toooo sweet and I ken dai
fatin dah 20 tahun dan dah boleh kawin *ihikss*
 

 
terima kasih semua ahli BEKE sebab jayakan aktiviti yang di rancang
lepak ramai ramai kat pengkalan balak tu
bakaq ayam sama sama
lepak tepi pantai pastu ice breaking
lari pi dataran pahlawan pastu main tali skipping sampai subuh
thanks a lot guys. uolls are too awesome
 
 
 
 
 
 
 

 
terima kasih semua lecterur, kawan kawan, pak guard, dan semua yang telah menjayakan sem 2 ni.
 
 
 

 

Sunday, March 30, 2014

Random Post

 
hyee gais. sumpah lama gila tak menulis. rasa kekok. tapi. nak tulis jugak. sebab aku rasa dengan menulis ni aku boleh lupa sat masalah yang ada. macam besaq sangat ja masalah. biasalah fatin. masih berbalik kepada masalah yang sama. soal hati dan perasaan. okay. bukan nak cakap pasal tu malam ni. malam ni nak cerita benda lain. benda apa? jom baca.
 
okayh. FIRST. cuba korang jujur dengan aku. korang suka tak hidup dengan orang yang semua benda nak ikut kepala dia? suka? kepala bana hampa. hampa menipu. tak best okayh hidup macam ni. dah kalau nak ikut orang tu ja. bila korang nak ikut korang pulak. kalau sekali dua kali takpa. ni dah kalau semua nak ikut. parah. orang lain pun ada pendapat dan cara yang nak diketengahkan.
 
KEDUA. jenis manusia yang suka salahkan orang lain. damn. yang ni paling paling paling palinggg aku tak suka. hang buat salah. lepas tu hang kata aku punca. dah salah hang tu dah lah. tayah lah put the blame kat orang lain. benda kalau hang tamau buat tayah buat. tayah lah ikut. kami buat benda salah tayah lah ikut. hang kan baik macam orang tak pernah buat dosa langsung. tayah lah ikut kami yang suka buat benda jahat.
 
KETIGA. stop judging people. orang tu tak dak lah buat salah besaq mana pun kat hang. yang hang sampai nak maki orang tu paseipa? habaq mai sat? dia pernah cubit hang ka? pernah fitnah hang ka? dak kan? memang lah tak suka depa sebab depa annoyed. tapi dah kalau depa tegoq tu salahka kalau jawab elok elok? orang lain pun tak suka depa. tapi boleh ja jawab elok bila depa tegoq.
 
dah lah. tu ja kot. ni cuma random feeling. random tought. random. semua random. sapa terasa tu silalah amek iktibar.
 
 
 
 

Thursday, January 2, 2014

HELLO 2014

 
2014~New Year
 
HEELLOO 2014. TERIMA KASIH 2013 YANG PENUH KENANGAN.
 
 
apa yang dapat sepanjang 2013? macam macaaaamm. banyak sangat sangat. dalam masa setahun tu banyak gila gila benda yang jadi. yang best, tak best, kurang best, best gileerr. eish banyak laaah.
 
2013 yang temukan aku dengan kawan kawan aku.
2013 ajaq aku erti sabaq.
2013 ajaq aku erti cinta.
2013 temukan aku dengan bestfriends yang dah lama aku tak jumpak.
2013 bagi aku erti jangan putus asa.
2013 ajaq aku yang kalau kita jatuh tak bermakna kita gagal.
2013 ajaq aku sapa kawan sapa lawan.
2013 ajaq aku erti persahabatan.
banyak nya kenangan 2013.
 
2013 tu cuma sejarah.
orang kata kalau kita hidup ditemani masa silam.
ada kalanya perit.
sebab kita akan sentiasa takut. takut benda yang sama berulang.
betul.!
tapi. ada kalanya sejarah tu bagus untuk kita jadikan sebagai panduan. bukan apa. takut benda yang kita dah buat. kita pi buat lagi. benda dah gagal. kita ulang lagi kegagalan. kan dah rugi.
so.
gunakanlah sejarah tu dengan sebaiknya. buat perubahan. jadi seorang yang lebih baik.
biarlah apa pun orang sekeliling nak kata. abaikan.
hatters akan tetap benci kita sampai bila bila.
be yourself. kejar impian.
tinggalkan kenangan yang terus buat kita sedih kecewa.
ingat kenangan yang buat kita gelak gembira.