Wednesday, November 27, 2013

Life



tajuk semua nak satu perkataan ja. tak paham aku. trending mungkin? SALAH. sebenaqnya aku tadak idea nak buh tajuk menatang paaaa. nak update blog. tapi tadak idea. so. duduk ja depan laptop. biarkan je jari jemari runcing ni terus berlari di atas keybord mencipta berbaris baris ayat. kadang kita sampai tak sedaq yang kita dah luahkan macam macam. walaupun pendek. tapi maksud boleh dipelbagaikan. macam my post before. mungkin orang akan translate dengan pelbagai analogi analogi tersendiri. 

btw, adik zaty cakap. "loqlaq la kak tin sepanjang pos" btw, this is typical me. be my friend. and you'll know how loqlaq i am. 

ok. back to topic. aku ni derek tersasar ja dari tajuk. ha ni pun macam nak tersasar jeaa. macam nak ubah topik jeaa. macam tak sedar diri jea. ok. ni. sebenaqnya nak habaq, dah dekat 3 bulan dah aku jadi student kat UTeM ni. kau hado? nak cerita pasai life kat sini. aku berani cakap ramai tatau apa pasai UTeM ni. kan? masa aku dapat surat tawaran dulu pun semua macam UTeM tu menatang pa? dok tang mana? planet mana? swasta ka? hello. aku tau result aku tak berapa elok. jangan la cop aku ni masuk swasta. aku tak kata yang masuk swasta result tak elok ok. aku tak kata. jiran jiran aku yang pendek akal kata. ada patut kata kalau aku amek electrical engineering ni, aku memang kerja dengan TNB ja. woi makcik. bukak la sikit pemikiran hang tu. berfikir di luar kotak please. keluaq sikit. kata hebat kemain. dunia di hujung jari konon. pi google sikit electrical engineering ni boleh reja pa. haih.sakit pulakkk hati kite. 

nampak dak tersasar lagi? ok. serius ok serius. so. apa menda yang aku belajaq kat sini? apa dia yang hang buat kat sini patin? adakah makan dan tidoq sahaja? kalau cetu baik dok rumah ja. ok. kat sini, ka UTeM ni, aku dibawah kursus 

Bach. Engineering in Electrical Engineering, Major in Power and Electronic Device. 

atudia punya panjang la nama kursus pun. major bagai. okayy. menatang pa yang aku belajaq bawah kos aku ni? ok. setiap sem akan ada 4 subjek wajib which is 16 Jam Kredit. so. sem ni aku belajaq ; Electronic Device, Electrical Circuit 1, Instrumentation and Measurement, Algebra and Calculus.tu 4 subjek pointer la. subjek wajib lulus aku amek Islamic and Asian Civilisation which is well known as TITAS. 

osciloscopepepepepepepepepe

belit? ini paling basic ok.

classmate untuk 4 tahun


malas nak hurai satu satu. satgi kalauhurai mau 4 hari 4 malam pun tak habis. mesti junior junior akan tanya
  "susah dak belajaq?" 
dik. satu ja nak kata. belajaq dari tadika susah dik. nak dengan tak nak jea. cewahh. kemain cakap. ceni la cerita dia. kalau rasa fizik tu mudah senang petik jari ja boleh jawab. and you minat engineering, then, cangak pa lagi. isi ja la UPU tu boh kos ni. tapi. once you dah masuk. please la jangan keep thinking "menyesal nye" sebab dah kalau pikiaq cetu, apa pun tak leh pi. masuk dan enjoy. enjoy la sepuas puasnya. kalau tension pi lah keluaq jalan jalan sekitar melaka. minum lah coconut shake sepuasnya. nasihat tah apa apa. ok. sekian. 

stress? pergilah jogging.

stress? jom makan seoul garden


stress lagi? makanlah magnum. 


ANSARA.

saffa watiqah. ni ja kepala gila dengan aku

lompat si katak lompat. 

nampak jet jet rajin dak? nampak dak pegang fon? tu nama dia sedang merujuk jawapan orang lain

camwhore before test.


so. kehadapan adik adik di luar sana. dapatkah anda melihat muka kami yang bahagia? jadi. jangan ragu ragu untuk memilih UTeM sebagai Universiti pilihan. *mohon UTeM bagi comission* kbye.